Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 

Dinar Dirham Market

Souq Qafilah 3-3-2012 – Pasar Amal Madinah Sunnatullah

| Blog | 27/02/2012

Souq Qafilah Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum w.b.t.

Kami di DinarDirham.com ingin menjemput warga Kajang, Bangi dan sekitarnya, juga sesiapa sahaja yang ada kelapangan dan mampu untuk hadir, untuk bersama-sama memeriahkan dan menjayakan ‘Souq Qafilah’ iaitu sebuah pasar yang menggunakan konsep Pasar di Madinah ketika zaman Rasulullah s.a.w.
Ini termasuklah menggunakan Dinar (matawang syiling emas) dan  Dirham (matawang syiling perak) yang diakui oleh kerajaan@sultan@pemerintah didalam jual beli (muamalah) di pasar tersebut.

Souq Qafilah ini akan berlangsung pada 3hb Mac 2012 bersamaan hari Sabtu bermula jam 10.00 pagi hingga 5:30 petang. Masuk adalah percuma.
Jika anda seorang peniaga, anda juga boleh turut serta dalam pasar. Tiada bayaran sewa tapak dikenakan, namun perlu memenuhi dan mematuhi beberapa resam yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. pertanyaan.

Resam Amal Madinah di Souq Qafilah:
1. TIADA TEMPAHAN (BOOKING) untuk tapak perniagaan – amalan siapa cepat dia dapat tapak yang diinginkan;
2. PERALATAN PERNIAGAAN DIBAWA SENDIRI oleh peniaga seperti kerusi, meja dan plastik sampah;
3. TIADA SEWA, TIADA CUKAI, TIADA FI. Acara TERBUKA; Penyertaan PERCUMA.
4. Perniagaan yang adil dari segi harga, timbangan, sukatan yang akan dipantau oleh Para Muhtasib Souq Qafilah;
5. Souq Qafilah dianjurkan bagi membolehkan aktiviti jual-beli menggunakan matawang syariah Dinar & dirham (DnD) yang diakui WIM.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mail mazli.alias@diniharidinar.com atau hubungi 0176300178 (mazli)

Souq Qafilah Bandar Baru Bangi

Aturcara Souq Qafilah Bangi

Peta di https://foursquare.com/v/surau-alkauthar/4c7ed30001df37045d77e4ac

Kepada Yang Ingin Mencari Penginapan di Bangi; sila layari laman-laman berikut.. http://www.equatorial.com/bng/, http://www.smarthotel.com.my/bandar%20baru%20bangi.htm,  http://www.101hotel.com.my/101-bangi-hotel .

Permandangan Surau Al-Kauthar dari Stesen Petronas Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Tapak Souq Qafilah Bangi. Penganjur menyediakan khemah-khemah “Arabian” berkipas secara PERCUMA! TIADA SEWA. TIADA CUKAI. TIADA “BOOKING”, SIAPA CEPAT, DIA DAPAT TAPAK . Peniaga perlu bawa peralatan perniagaan masing-masing seperti kerusi, meja & plastik sampah.

Sumber rujukan : http://diniharidinar.com/

Sponsored Links

kami terima dinar dirham

Leave a Reply

Sebarkan di Blog Anda