Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 

Dinar Dirham Market

Dinar dan Dirham mendapat liputan di rancangan NONA

| Blog | 20/02/2012

dinar dirham di nona

Rancangan Nona di TV3 baru-baru ini telah membuat satu liputan terhadap seorang aktivis wanita yang bergiat dalam pencerahan dan penyebaran matawang Dinar dan Dirham.

Puan Adrina Awaludin yang ditemuramah mengatakan dia mula mengenali dan bergiat aktif dalam penyebaran matawang dinar dan dirham pada awal tahun 2011 melalui ayahnya iaitu Tuan Hj. Awaludin yang juga seorang aktivis Dinar Dirham.

Tuan Hj dan juga Pn Adrina Awaludin turut serta dalam aktiviti aktivis Dinar Dirham yang diadakan setiap sabtu di Masjid Saidina Umar Al-Khattab. Disanya sesiapa sahaja boleh hadir bagi mendengar penerangan mengenai Dinar dirham serta boleh terus aplikasikannya dalam muamalat jual beli di pasar (souq) yang disediakan.

Kredit video : Nona tv3.

1056 total views, 0 today

Kisah Syeikh Umar Ibrahim Vadillo Menempa Dinar Emas Pertama

| Blog | 18/02/2012

dinar dirham muslim

Journey to Tawakkal – Ikuti kisah & perjalanan Prof. Syeikh Umar Ibrahim Vadillo diawal perjuangannya menempa Dinar Emas pertama (Dinar Muslim).

Syeikh Umar Ibrahim Vadillo adalah salah seorang pengasas pengedar dinar emas sedunia – World Islamic Mint.
Sejak awal tahun 90an, beliau telah mendedikasikan dirinya untuk berjihad mengembalikan matawang dinar emas yang telah mula pupus sejak awal abad ke-20.

Sehingga kini WIM(World Islamic Mint) talah berjaya memujuk ramai kerajaan untuk menempa semula Dinar dan Dirham sebagai matawang dan juga pembayaran zakat.

Video penuh ‘Journey to Tawakkal’ boleh ditonton disini : http://www.youtube.com/watch?v=Vp78YX2OmsI
Credit video asal dan uploader oleh alawiyahv1 channel (Pn. Alawiyah Abdul Rahman Vadillo)

1247 total views, 0 today

Penerangan dari pihak Kerajaan Sultan Sulu Dar Al Islam di program Dinihari Dinar

| Blog | 13/02/2012

dinar dirham sulu

Penerangan dan testimoni dari wakil Sultan Sulu Dar Al Islam iaitu Datu Asree Sug dan Datu Habib Zakaria di program Dinihari Dinar pada 11hb Februari 2012 di Bukit Damansara.

Datu Asree Sug menceritakan sedikit sejarah negara Sultan Sulu dan rakyatnya yang pada ketika dulu sudah menggunakan matawang dinar dan dirham. Malah rakyat mereka sinonim memanggil semua jenis matawang sebagai ‘pilak’ yang bermaksud perak (silver). Ini bermakna rakyat mereka sejak dari dulu sehingga zaman sekarang ini masih lagi mengiktiraf ‘pilak’
sebagai matawang. Maka adalah tidak sukar bagi menerangkan kepada generasi sekarang yang matawang dinar dan dirham lah matawang yang perlu mereka kembali dan guna semula di pasar-pasar disana.

Datu Habib Zakaria pula merupakan perantara antara pemerintah dan rakyat Sulu menceritakan betapa susahnya kerja jihad ini. Jihad dalam mengembalikan semula roh Islam kedalam rakyat Sulu. Apabila mereka dapat tahu akan jemputan dan perjuagan yang dibawa oleh Sheikh Umar Vadillo mereka dengan bingkas menerimanya dan mengatakan Ya!, Dinar dan dirham adalah matawang mereka. Dan mereka mahu segera bebas daripada ‘riba’ matawang kertas yang dibawa penjajah selain mengembalikan semula Darul Islam ketanah bumi mereka. Konsep Darul Islam adalah konsep yang diguna pakai oleh semua negara Islam sejak Zaman Nabi Muhammad s.a.w. dimana semua orang Islam layak dan boleh menetap dimana negara-negara yang ditadbir oleh pemerintah Islam. Mereka tidak perlukan visa untuk bergerak dari satu negara ke negara yang lain. Cukup dengan kalimah ‘lLa ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah’ – ‘Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah’, maka layaklah anda untuk bermastautin dinegara berkenaan. Wallahualam.

Again this is not our work, all credits goes to Dinihari Dinar team and people who involve in it. Jazakumullahu Khairan Katsira.

1. Dinihari Dinar official website : http://www.Diniharidinar.com
2. Dinihari Dinar Group : http://www.facebook.com/groups/diniharidinar
3. Pn. Alawiyah Abdul Rahman Vadillo for the video work and upload them to youtube.

856 total views, 0 today

Penggiat Muamalah Dinar Dirham di Singapura dapat liputan Akhbar Arus Perdana Berita Harian

| Blog | 09/02/2012

Dinar Dirham di Singapura Tumasik Diniharidinar Jawara

Tahniah kami ucapkan buat sahabat Wakala Dinar Dirham Users Network Tumasek di Singapura kerana diberi perhatian oleh akhbar arus perdana disana.

Wakala Dinar Dirham Users Network Tumasek sama seperti pergerakan Dinihari Dinar di Malaysia dan Jawara Dinar Dirham di Indonesia. Pergerakan ini mempunyai aktivis yang mempromosikan, memberi pencerahan, serta mendidik orang awam bagaimana berjual beli menggunakan dinar dirham.

Dinar Dirham di Singapura Tumasik Diniharidinar Jawara

Mereka ini mendukung dinar dirham yang dikeluarkan oleh pemerintah sahaja. Contohnya seperti Dinar KGT yang dikeluarkan dan diakui oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ini kerena dinar dirham yang diperakui oleh pemerintah boleh digunakan untuk menunaikan zakat seperti mana yang diamalkan semula oleh Negeri Kelantan pada tahun lepas (2011). Negeri kelantan adalah Negeri daulah Islam pertama menerima semula matawang dinar dan dirham sebagai wang zakat semenjak kejatuhan empayar Islam Turki Othmaniah lebih kurang 100 tahun lalu.

Kerja-kerja dakwah ini menjadi tunjang kepada kebangkitan matawang dinar dan dirham di Nusantara dan ianya bakal berkembang dengan izin-NYA, insyaALLAH.

675 total views, 1 today

Souq Muamalah Madinah Dinar Dirham 4hb Februari 2012 Shah Alam

| Blog | 30/01/2012

souq muamalat dinar dirham madinah

Assalamualaikum.
Kami di DinarDirham.com menjemput anda untuk merasai sendiri pengalaman berjual beli seperti Sunnah amal Madinah (Guna Dinar Dirham) di Souq Muamalah Madinah di Shah Alam 4hb Februari 2012 ini.

Lokasi : Perkarangan Rumah Aman & Tempat Parkir Kereta Bersebelahan (Lokasi berhampiran Shah Alam Wet World)
Alamat : Rumah Anak-Anak Yatim dan Kebajikan Rumah Aman, Lot 2A Jalan Bunga Cempaka 2/11, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tarikh : 4 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 5.30 petang
Yuran : TIADA

Resam Amal Madinah :
1. Tiada tempahan atau “booking” untuk tapak perniagaan – amalan siapa cepat dia dapat tapak yang diinginkan;
2. Peralatan keperluan untuk berniaga contohnya meja dsb. perlu di bawa sendiri oleh peniaga;
3. Peniaga diberikan hak berjualan di Souq tanpa sebarang bayaran seperti sewa tapak, fi iklan, fi kebersihan, fi tandas, dan segala macam fi lagi (bagaimanapun sekiranya berkemampuan peniaga boleh bersedekah ke Rumah Aman);
4. Perniagaan yang adil dari segi harga, timbangan, sukatan yang akan dipantau oleh Ahli Muhtasib Souq;
5. Jual-beli hanya dibenarkan dengan penggunaan Dinar & Dirham Matawang Syariah atau DnD KGT.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung hubungi Sdr. Arif di talian 012-6526676.

Kami mengalu-alukan tuan/puan hadir sebagai pengunjung Souq sekiranya tuan/puan belum bersedia hadir sebagai peniaga.

Wassalam.

895 total views, 0 today

Kebangkitan Dinar Emas Dirham Perak di Precious Metals Outlook 2012

| Blog | 25/01/2012

dinar dirham uprising

Saudara Irwan Ambak dari WIM(World Islamic Mint) Malaysia adalah salah seorang speaker(penceramah) pada acara Precious Metals Outlook 2012 yang diadakan di HELP Universiti pada 18 Januari 2012 yang lalu.

Dalam sesi pencerahan, Irwan Ambak memberikan penerangan mengenai sejarah Dinar dan Dirham dalam dunia Islam dan juga kebangkitannya pada abad ke-21.

Ikuti rakaman video yang dibuat pada hari tersebut dibawah ini :-



Selamat menonton.

Kredit video upload : Dinihari Dinar team – www.Diniharidinar.com
(Uploader channel – http://www.youtube.com/user/alawiyahv1 )

613 total views, 0 today

Sulu Darul Islam will be the 1st Country in the world implement Dinar and Dirham as their Legal Tender Currency

| Blog | 05/01/2012

Shaykh Umar Vadillo and Sultan Sulu

Tahniah kami ucapkan kepada Negara baru Sultan of Sulu Darul Islam kerana menyambut baik seruan matawang Dinar dan Dirham. Sultan of Sulu Darul Islam adalah negara didunia pertama yang bakal menggunakan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai matawang rasmi menggantikan matawang kertas fiat selepas lebih 100 tahun jatuhnya kerajaan Khilafah Uthmaniah di Turki. Semoga tindakan dan usaha yang dijalankan bersama oleh Sheikh Umar Vadillor dari WIM serta Kerajaan Sultan of Sulu Darul Islam mendapat keberkatan dari-NYA.

As we all know Kelantan is one of the wolrd 1st Goverment state that implement Dinar and Dirham as ab altenate legal tender in their state and the 1st Government that apply Dinar and Dirham as a medium of zakat payment after it has been abandon more than 100 years since the fall of Islamic Ottoman Empire.

This week we heard another good news from our brother Sheikh Prof. Umar Ibrahim Vadillo that the Sultan of Sulu Darul Islam Government has agree to user and implement Dinar and Dirham as their official Legal Tender Currency. This is the 1st country in the world that use Dinar and Dirham as their currency. Alhamdulillah.

Below is some of the quote from the Sulu Darul Islam’s official :-

Sultan Bantilan II, SSDI Ministers and the Tausug Citizens accepted that the currency for Sulu Darul Islam would be Gold Dinar and Silver Dirham.

In soonest time the Shariah Currency will be minted under the World Islamic Mint to be expanded from Sulu Darul Islam, Aceh Darussalam, Indonesia and Patani Darussalam, Thailand to the other countries of the world as it was already started in Kelantan, Malaysia few years back.

SSDI government have been rendering its services to the people of Sulu and right now to use Gold Dinar and Silver Dirham as its currency or unudsiyn.

Shaykh Umar Vadillo posted in his Facebook wall on 31 December 2011 at 9:00pm. He also posted it in Spanish:

“Tonight I travel to Jolo, capital of Sultanate of Sulu -Dar al Islam. Tomorrow we shall meet the Sultan of the newly independent nation. In the Name of Allah we shall mint their own Dinar and Dirham of Dar al-Islam, set our brave people free from Riba and preparing the basis to root out the Philippine Central Bank and their corrupt banks and from here all Nusantara. Inshaallah. We set our goals high because we are nothing on our own, but Allah is the Akbar and with Him we are His lions. If we are sincere we might get closer to Him, that’s our secret goal. Now we place our affairs with Him. Allah is our Protector and He is enough for us. You always start a fire on the edge, we are going to the edge. And Victory belongs to Him.”

2048 total views, 0 today

Pencerahan Mengenai Sistem Kewangan Kapitalis dan Dinar Dirham

| Blog | 02/01/2012

Dinihari-Dinar

Dibawah ini ada satu video pencerahan begaimana matawang kertas itu dicipta, bagaimana inflasi dapat berlaku, perbezaan sistem perbankan moden konvensional dan juga perbankan Islam, instrument pelaburan yang menggunakan matawang kertas @ digital dan implikasinya terhadap ekonomi negara dan dunia.

Apa itu Dinar dan Dirham? Bagaimana Matawang Dinar dan Dirham dapat digunakan sebagai matawang? Apakah kelebihan penggunaan Dinar Dirham. Sistem dan Amal Madinah yang boleh digunapakai oleh matawang Dinar dan Dirham. Semuanya diterangkan didalam video pencerahan dibawah yang disampaikan oleh Dean Arif semasa di program Dinihari Dinar di Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Kepada mereka yang terlepas sesi pencerahan Dinihari Dinar sebelum ini boleh lihat video tersebut disini :
http://www.dinardirham.com/video-pencerahan-dari-group-dinihari-dinar-berkenaan-matawang-dinar-dan-dirham/

Kredit :
1 – Dean Arif – http://www.mybulliontrade.com
2. – Diniharidinar – http://www.Diniharidinar.my

681 total views, 0 today

Dinar Emas bersama Halaqah TV9

| Blog | 27/11/2011

dinar-emas-halaqah

Minggu lepas slot Halaqah di Tv9 telah membuat satu sesi pencerahan berkenaan Matawang Dinar Emas.

Boleh tonton rakaman Halaqah pada 22 November 2011 yang bertajuk Dinar Emas yang lalu disini :-

Moderator di sandang oleh Ustaz Badli Shah Alauddin dan ahli panel jemputan pula di sertai oleh Ahmad Tarmizi Abd. Rahman selaku Qari Undangan dan Dr. Zaharuddin Abd. Rahman ( Selebriti Blogger www.Zaharuddin.net ).

Banyak juga tajuk yang dikupas didalam slot ini, bermula dari pengenalan kepada apakah dinar emas yang dimaksudkan hinggalah aspek mualamat, bagaimana dinar emas dapat digunakan sebagai muamalat, adakah ianya sesuai diaplikasikan pada ketika ini dan lain-lain.

Selamat menonton.

955 total views, 0 today

Seminar Gold Dinar 25 November 2011 di IIUM

| Blog | 05/11/2011

seminar gold dinar

Pada 25hb November ini Pihak Da’wah Secretariat, Economics and Management Sciences Society(EMSS),IIUM akan mengadakan satu Seminar Dinar Emas ( Gold Dinar) yang berlangsung sehari di Experomental Hall, IIUM.
Seminar ini terbuka kepada terbuka kepada semua namun ada sedikit bayaran iaitu RM30. Pelajar akan mendapat harga istimewa iaitu rm10 sahaja dan jumlah peserta terhad kepada 150 orang sahaja. Jadi silalah buat tempahan kerusi anda sebelum kehabisan.

Berikut adalah butir-butir Seminar Gold Dinar ini:-

Tarikh : 25th OF NOVEMBER 2011
Hari: Jumaat
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang.
Tempat: EXPERIMENTAL HALL, IIUM

Bayaran:
RM10- Pelajar
RM30 – Bekerja.

Speaker Jemputan:
1. Prof. DR. Hj. Zuhaimy Ismail.
Professor in Operational Research,
Universiti Teknologi Malaysia,
Chairman of ISDAG.

2. Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Head Research Affairs,
International Shari’ah Research Academy Islamic Finance (ISRA)

3. Mr Abdul Halim Abdul Hamid.
Chairperson,
Centre for Islamination of Business Research, Multimedia University.

Nombor yang boleh dihubungi:
Pendaftaran:
HAFIZ: 013-237 4331
AISYAH: 019-344 8993
golddinar11@gmail.com

Pameran:
AMALI: 013-2929920
TAHIR: 013-2397866

Ditaja oleh:
YAYASAN PAHANG & BAITUL MAL NEGERI SEMBILAN

seminar gold dinar

973 total views, 0 today

Kelantan Kempen Bayar Zakat Guna Dirham 25 Ogos 2011

| Blog | 18/08/2011

bayar zakat guna Dirham

Kerajaan Kelantan bakal mencipta sejarah apabila mengembalikan semula fungsi matawang syariah Dinar dan Dirham yang sudah dilupakan hampir 100 tahun lalu melalui kempen pembayaran Zakat 25 Ogos ini.

Penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham bukan sahaja dalam urusan jual beli, tetapi boleh digunakan untuk pembayaran zakat.

Seorang Aktivis dinar dan dirham, Yusof Abdul Rahman, 55, berkata, dia akan menggunakan dirham untuk membayar zakat fitrah pada 25 Ogos ini, sempena kempen kesedaran berzakat ‘Ayn dalam majlis pembayaran zakat dengan dinar dan dirham di Masjid Telipot Kota Bharu.

Yusof berkata, dia menukarkan wang tunai dengan dirham berwarna perak itu sebanyak empat keping dirham untuk membayar zakat dia sekeluarga seramai enam beranak.

“Sekeping dirham bernilai RM25 dan saya akan menggunakan dua keping dirham untuk membayar zakat nanti, kadar zakat fitrah di Kelantan tahun ini ialah RM7 seorang.

“Manakala selebihnya dirham itu saya akan simpan,” katanya.

Menurutnya, dia menggunakan dirham dalam pembayaran zakat kerana menyedari wang–wang kertas dalam edaran di seluruh dunia hari ini, sudah tiada apa-apa sandaran kepada emas dan perak sejak tahun 1971 lagi.

“Wang kertas nilainya hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata-mata, sedangkan dinar dan dirham nilainya berada pada sukatan berat timbangan logamnya,” katanya yang berasal dari Pasir Mas.

Kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham Kelantan disempurnakan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ogos tahun lepas sebagai alternatif kepada mata wang sedia.

Peringkat permulaan penggunaan mata wang syariah tersebut, ia boleh digunakan di kira-kira 1,000 kedai dan restoran di sekitar bandar Kota Bharu untuk transaksi perniagaan.

Menurut Nik Abdul Aziz, penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) tidak bertentangan dengan undang-undang, dan ia dirangka mengikut peruntukan peraturan yang disediakan Bank Negara.

938 total views, 0 today

38 Sebab Kenapa Duit Kertas Susut Nilai – Dinar Emas Dirham Perak Penyelesaian Terbaik

| Blog | 14/08/2011

dinar dirham penyelesaian terbaik

Harga barang semakin meningkat saban hari. Kos sara hidup juga semakin bertambah tahun demi tahun. Bandingkan kos sara hidup beberapa tahun dulu dengan sekarang, memang banyak bezanya. Namun pendapatan untuk rakyat biasa tak bertambah. Ada yang sampai terpaksa ambil dua  atau lebih kerja semata-mata nak menampung kos hidup yang tinggi terutamanya di kawasan bandar dan sekitarnya.

Semua bandar di semua negara mengalami nasib yang sama. Pada ketika ini penduduk di Amerika Syarikat adalah antara yang paling berisiko tinggi. Malah jika Amerika mengalami kejatuhan ekonomi dalam masa terdekat, ianya boleh dilabel sebagai malapetaka ekonomi bagi seluruh dunia.  Boleh lihat pada video dibawah jika anda belum lagi melihatnya :-

 

 
Penduduk Amerika penah mengalami Zaman Kemelesetan Ekonomi sehingga ramai rakyatnya jatuh miskin dan muflis sehingga ramai yang sanggup membunuh diri akibat dari tekanan hidup yang melampau ketika itu. Ada situasi yang agak berbeza pada masa itu dengan sekarang. Situasi sekarang adalah melibatkan Globalisasi. Globalisasi sebenarnya satu perangkap, bom jangka yang akan meletup bila-bila masa ianya ingin di letupkan. Dengan Globalisasi ini bilamana ekonomi Amerika mengalami malapetaka sekali lagi, rakyat diseluruh dunia kini akan sama-sama menerima kesan yang sama dengan rakyak Amerika.

Macam mana semua ni boleh berlaku? Video diatas menerangkan sedikit sebanyak tentang kegawatan ekonomi, inflasi dan segala yang berkaitan dengan ekonomi dunia. Jangan takut, penjelasan dalam video ni sangat mudah difahami. Video ini dibuat berdasarkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Amerika Syarikat sekarang dan pada asasnya, majoriti ekonomi negara lain di dunia menggunakan sistem yang lebih kurang sama.

  1. Perbelanjaan tahunan AS hampir mencecah $4 trillion setahun manakala pendapatan mereka hanyalah sebanyak $2 trillion setahun.
  2. Kekurangan pendapatan ini dikenali sebagai defisit. Dalam hal ni, defisit AS adalah $2 trillion.
  3. Cara paling senang untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meminjam duit.
  4. Bila AS meminjam duit, pinjaman mereka dikeluarkan dalam bentuk bon (Bank Negara pun ada jual bon pada masa-masa tertentu).
  5. Bon boleh dijual kepada bank tempatan lain, pelabur (rakyat biasa) dan negara lain (Malaysia ada membeli bon AS).
  6. AS harus membayar faedah kepada pemegang bon. Bon adalah sama seperti bila kita buat pinjaman bank, kena bayar balik dengan faedahnya sekali.
  7. Tapi AS tak cukup duit untuk bayar faedah tadi. Jadi apa dia buat adalah dengan mengeluarkan lebih banyak bon (pinjam duit) untuk membayar faedah kepada pemegang bon.
  8. Senario ni sama seperti kalau kita guna kad kredit atau pinjam ah long untuk membayar loan rumah. Berhutang untuk melangsaikan hutang lain.
  9. Pinjam meminjam ni dilakukan berulang kali sehingga AS sekarang dibebani hutang (termasuk faedah yang perlu dibayar) sebanyak $14 trillion.
  10. Sebab dah banyak sangat meminjam, AS hampir ketandusan sumber untuk mendapatkan pinjaman.
  11. Pendapatan AS tak mencukupi untuk membayar faedah daripada pinjaman tadi.
  12. Penyelesaian utama adalah dengan mengurangkan perbelanjaan danmenaikkan cukai.
  13. Kalau perbelanjaan dikurangkan, sektor perkhidmatan awam akan teruk terjejas (polis, jururawat, pegawai kerajaan dan sebagainya kehilangan kerja).
  14. Kalau cukai dinaikkan, rakyat tak akan mempunyai cukup duit untuk menyara hidup. Rusuhan mungkin akan berlaku.
  15. Untuk mengelakkan dua langkah tadi, AS mencetak lebih banyak duit.
  16. Bila duit dicetak dengan lebih banyak, nilai duit akan jatuh.
  17. Itu sebabnya harga komoditi seperti makanan, minyak dan emas menjadi semakin mahal (sebab utama menyimpan dalam emas dan bukan wang tunai).
  18. Bila nilai duit jatuh, ia dikenali sebagai inflasi. Inflasi memang wujud dan kadar inflasi Malaysia pada tahun lepas adalah ~ 3.5%. Maksudnya, kalau kita simpan dalam ASB dengan kadar dividen ~ 8% setahun, nilai sebenar dividen yang kita dapat adalah ~ 4.5% (selepas ditolak dengan nilai inflasi tadi). Kalau buat loan bank untuk pelaburan ASB, tolak lagi beberapa % berdasarkan kadar bank.
  19. Berbalik kepada negara yang meminjamkan wang kepada AS. Apa yang berlaku selepas itu, nilai matawang negara yang memberi pinjaman kepada AS akan jatuh.
  20. Dolar AS akan kelihatan lebih mahal berbanding matawang negara tadi ($1 = RM3).
  21. Oleh itu, kos untuk membayar gaji pekerja di negara tersebut adalah murah.
  22. Dengan kos pekerja yang murah, kos untuk menghasilkan barangan juga murah (contoh – China, Taiwan).
  23. Negara peminjam tadi boleh menghasilkan produk pada kadar yang sangat murah berbanding kalau produk tadi dihasilkan di AS (contoh – kilang pembuatan barangan Apple yang terbesar terletak di China).
  24. Rakyat AS kehilangan kerja dan tak dapat kerja (sebab kerja yang ada tadi dah outsource ke negara seperti China & Taiwan).
  25. Bila rakyat tak kerja, mereka tak bayar cukai. Tapi mereka masih menerima bantuan kerajaan dalam bentuk elaun pengangguran. Di AS, penganggur boleh menerima elaun pengangguran.
  26. Orang yang bekerja pula lebih rajin bekerja untuk mengelakkan kehilangan kerja. Mereka sanggup kerja lebih dan dibayar murah. Jawatan kosong tidak perlu diwujudkan.
  27. Bilangan pekerja semakin kurang, kutipan cukai  pun semakin sedikit.
  28. Ini menyumbang kepada kemelesetan ekonomi (pendapatan daripada cukai jatuh).
  29. Jadi dua masalah utama AS adalah kemelesetan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi. Keadaan ini dikenali sebagai stagflasi.
  30. AS dalam dilema. Hutang ada $14 trillion. Mana nak cari duit?
  31. Kalau naikkan kadar cukai dan kurangkan perbelanjaan, kemelesetan ekonomi semakin buruk.
  32. Kalau cetak duit lagi, inflasi pula semakin tinggi.
  33. Kalau pinjam duit lagi, boleh. Tapi faedah untuk $14 trillion tadi pun tak mampu nak bayar. Persoalannya berapa banyak lagi nak pinjam dan daripada siapa?
  34. Samada dua bulan atau dua tahun, harinya akan sampai bila AS tak mampu lagi nak bayar segala hutang piutang dan segala kos perbelanjaan negara sendiri.
  35. Bila AS tak bayar hutang kepada pelabur yang membeli bon, pelabur ni tadi takde duit untuk membayar pekerja mereka. Ramai yang akan kehilangan kerja.
  36. Bila AS tak bayar hutang kepada bank yang membeli bon, bank takde duit untuk keluarkan loan, berikan kredit kepada pemegang kredit kad dan berikan wang tunai kepada rakyat yang ingin mengeluarkan duit mereka daripada bank tersebut.
  37. Bila AS tak bayar hutang kepada negara yang membeli bon, mereka pun akan mengalami masalah ekonomi di negara mereka sendiri sebab hampir semua negara di dunia menggunakan sistem pinjam meminjam hutang bayar hutang dalam ekonomi mereka dan hampir semua negara di dunia membeli bon AS.
  38. Ini akan menyebabkan kejatuhan ekonomi dunia.

Dan oleh sebab semua pelabur di dunia takut benda ni berlaku, mereka beli emas banyak-banyak. Bila ramai orang beli emas, permintaan semakin tinggi. Dalam jangkamasa sebulan (11 Julai 2011 – 11 Ogos 2011), harga emas telah melonjak sebanyak 16%. Lupakan ASB, simpan setahun pun baru naik 8%. Duit kita jadi semakin murah sebab sistem ekonomi yang semakin goyah.

Dinar Emas dan Dirham Perak adalah satu alternatif untuk kita menyimpan harta dan aset bagi menghadapi malapetaka ekonomi global.

dinar dirham penyelesaian terbaik

Kredit Sumber artikel : http://blog.ahmadtarmizi.com

1094 total views, 0 today

Dinar Kelantan Masa lancar 2010 Harga RM323, hari ini RM820

| Blog | 11/08/2011

dinar kelantan

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM820.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,814 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

dinar kelantan

“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.

Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.

Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.

1021 total views, 0 today

Khalifah Abd Malik Bin Marwan mencetak sendiri Dinar dan Dirham Kerajaan Islam

| Blog | 09/08/2011

Dinar Dirham Kerajaan Islam

Sebelum kedatangan Islam, orang Arab hanya mengenali wang emas dan perak sahaja. Wang emas mereka sebut sebagai dinar dan wang perak disebut sebagai dirham. Perkataan dinar diambil dari denarius dan dirham dari drachm. Diantara wang emas yang diterima pakai ialah al dananir Hiraqalah ( dinar Heraklus – denarius sollidus Kerajaan Byzantine) dan al dananir al qaysariyah ( Dinar Kaisar Rom ). Wang perak pulak terdiri dari dua jenis , al darahim al musawaddah baghli ( Perak sepenuhnya tapi beratnya dua kali ganda dari dirham mengikut kitab Fiqah – Nuqud m/s 3) dan dirham tabari.

Berat wang emas dan perak ini adalah dua kali ganda dari beratnya dinar dan dirham di zaman pemerintahan Islam. Lihat shudhur m/s 4 dan nuqud m/s 24-25. Masyarakat Mekah menggunakan mithqal dalam timbangan mereka. Wang emas dan perak ini diukur dengan mithqal. Rasullullah s.a.w menyebut bahawa sukatan ialah mengikut masyarakat Madinah sementara timbangan mengikut masyarakat Makkah. Sa’ dan Mudd ( cupak dan gantang) ikut Madinah dan mithqal ,uqqiyah dan qirat ikut Makkah.

Rasullullah menyebut tentang zakat emas dan perak merujuk kepada 5 uqiyah Perak asli bersamaan dengan 200 dirham dan zakatnya ialah 5 dirham dan 20 dinar dengan 1/2 dinar.

Imam Malik menyebut didalam Kitab Al Muwatta’ bahawa sunnah yang disepakati kami ialah zakat dibayar jika sampai 20 dinar emas dan 200 dirham Perak.

Jika kita merujuk kepada Kitab Bidayatul Mujtahid ada satu bab khas yang membicarakan tentang Pertukaran dinar dinar dan dirham dirham dari berlainan jenis.

Didalam Kitab Al Muwatta’ Imam Malik menyebut :

Adalah tidak baik apabila menukar secara timbangan yang sama berat untuk memberi duit syiling emas lama yang elok dan meletakkan bersamanya dengan emas yang belum ditempa untuk ditukar dengan emas Kufah yang terpakai, yang tidak terkenal dan untuk kemudiannya meletakkan pertukaran tersebut sama dengan masalan bi masalin atau sawan bi sawain (sama untuk sama).

Imam Malik berkata, “Sebab mengapa pertukaran ini dilarang ialah kerana pemilik emas yang baik itu menggunakan kecemerlangan duit syiling emas lamanya seperti satu alasan untuk mencampakkan emas yang belum ditempa dengannya. Jika tidak kerana keunggulan (baik) emas keatas emas pihak lain, pihak lain tidak akan menukar emas yang belum ditempa untuk ditukar dengan emas Kufahnya, dan perjanjian aqad ini akan ditolak.

Dinar Dirham Kerajaan Islam

Dinar – dinar dan dirham – dirham yang ada sebelum zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan adalah tidak seragam. Dinar sebelumnya dirujuk disegi bahasa sebagai wang emas. Dinar yang dirujuk oleh Rasullullah s.a.w ialah pada istilah fiqhiyah 1 mithqal merujuk pada timbangan masyarakat Mekah.

Khalifah Abdul Malik bin Marwan terpanggil untuk mencetak dinar dan dirham kerajaan Islam sendiri kerana ugutan Kerajaan Byzantine mahu meletakkan kata kata penghinaan pada Rasullullah s.a.w pada koin – koin emas mereka dari segi bahasanya dinar mereka. Khalifah bermesyuarat dengan alim ulamak dan pimpinan kerajaan,dengan tercetaklah dinar Islam pertama dengan memakai timbangan mithqal Syria merujuk pada 22 qirat. Pada dinar ini diletakkan kalimah La illa ha illallah dan ayat suci Al Quran. 1 Mithqal menjadi 1 dinar pada bahasa dan pada ukuran fiqhiyah.

Dirham juga diselaraskan. Sebelum ini wang perak ada 2 jenis. Dirham Al Musawadah dan dirham tabari. Dirham Al musawadah adalah lebih besar dan lebih berat berbanding dirham Tabari. Kedua dua wang perak ini berasal dari Kerajaan Sasanid Parsi.

Bab Zakat Rasullullah s.a.w menyebut dalam hadis, Al Muwatta’ :

” Tidak ada zakat pada unta yang kurang dari lima ekor, tidak ada zakat pada perak yang kurang dari 5 uqiyah dan tidak ada zakat pada tamar yang kurang dari lima awsaq “.

Khalifah Abdul Malik bin Marwan bimbang jika zakat dikenakan menggunaan ukuran dirham al musawwadah , maka 200 dirham nisab adalah terlalu besar dan jika dirham tabari digunakan sebagai standard dirham Islam maka akan membebankan pembayar zakat dengan timbangannya yang kecil. Sebelum ini masyarakat Islam membayar zakat perak dengan separuh dengan dirham besar ( al musawadah) dan separuh lagi dalam dirham kecil (Tabari).

Dalam mencetak dirham umat Islam sendiri, dia mengumpul kedua dua dirham, yang besar beratnya 8 danaq dan yang kecil 4 danaq, beliau mengambil 6 danaq sebagai ukuran dirham, yang besar dikecilkan dan yang kecil dibesarkan dengan 2 danaq. Dengan merujuk pada mithqal, dirham ini dengan timbangan 6 danaq apabila ditimbang dengan 7 mithqal akan sama dengan 10 dirham.

Dirham ini mengandungi tiga asas kriteria utama :

1. Beratnya 7/10 yakni 7 mithqal (dinar) bersamaan 10 dirham mengikut Saidina Umar r.a.

2. Beratnya dirham berjaya diseragamkan tanpa dirham yang besar atau kecil.

3. Dirham ini menepati bayaran zakat yang diperintah oleh Rasullullah s.a.w tanpa terlebih bayar atau terkurang.

Dalam menafsir hadis kita harus sama merujuk kepada amalan tiga generasi pertama Islam. Mereka lebih memahami amalan sunnah dalam muamalat. Dinar dan dirham Khalifah Abdul Malik bin Marwan diiktiraf ulamak dari kalangan sahabat, tabiin dan at tabiinat tabiin seperti yang disebut Imam Malik sebelum ini.

Artikel asal oleh Ust Rafidi Hashim dari Group Dinar dan Dirham.

859 total views, 0 today

Ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan Emas (Dinar) dan Perak (Dirham)

| Blog | 31/07/2011

dinar emas dirham perak

Berikut adalah beberapa ayat didalam Al-Quran yang berkaitan dengan Emas (Dihar) dan Perak (Dirham).
Bukan niat untuk menjaja tetapi hanya sebagai panduan kepada mereka yang mencari pencerahan.

1. Ali ‘Imran(3), ayat 14
14. Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (QS. 3:14)

2. Ali ‘Imran(3), ayat 91
91. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong. (QS. 3:91)

3. Al-A’raaf(7), ayat 148
148. Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim. (QS. 7:148)

4. At-Taubah(9), ayat 34
34. Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, (QS. 9:34)

5. At-Taubah(9), ayat 35
35. pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan. (QS. 9:35)

6. Al-Israa’(17), ayat 93
93. Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari EMAS, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul (QS. 17:93)

7. Al-Hajj(22), ayat 23
23. Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)

8. Faathir(35), ayat 33
33. (Bagi mereka) surga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera. (QS. 35:33)

9. Az-Zukhruf(43), ayat 35
35. Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari EMAS untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 43:35)

10. Az-Zukhruf(43), ayat 53
53. Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari EMAS atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya. (QS. 43:53)

11. Az-Zukhruf(43), ayat 71
71. Diedarkan kepada mereka piring-piring dari EMAS, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. (QS. 43:71)

12. Al-Waaqi’ah(56), ayat 15
15. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan EMAS dan permata, (QS. 56:15)

AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN PERAK

1. Al-Kahfi(18), ayat 19
19. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya diantara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang diantara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini). Mereka menjawab: Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari. Berkata (yang lain lagi): Rabb kamu lebih mengetahui berapa lama kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang PERAKmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun. (QS. 18:19)

2. Az-Zukhruf(43), ayat 33

33. Dan sekiranya bukan karena hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah Kami buatkan bagi orang-orang yang kafir kepada (Rabb) Yang Maha Pemurah loteng-loteng PERAK bagi rumah mereka dan (juga) tangga-tangga (PERAK) yang mereka menaikinya. (QS. 43:33)

3. Az-Zukhruf(43), ayat 34
34. Dan (Kami buatkan pula) pintu-pintu (PERAK) bagi rumah-rumah mereka dan (begitu pula) dipan-dipan yang mereka bertelekan atasnya. (QS. 43:34)

4. Al-Ma’aarij(70), ayat 8
8. Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan PERAK. (QS. 70:8)

5. Al-Insaan(76), ayat 15
15.Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari PERAK, dan piala-piala yang bening laksana kaca, (QS. 76:15)

6. Al-Insaan(76), ayat 16
16.(yaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari PERAK yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya. (QS. 76:16)

7. Al-Insaan(76), ayat 21
21. Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari PERAK, dan Rabb memberikan kepada mereka minuman yang bersih. (QS. 76:21)

AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN DINAR

1. Ali ‘Imran(3), ayat 75
75. Di antara Ahli Kitab ada orang yang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu DINAR, tidak dikembalikannya kepadamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui. (QS. 3:75)

AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN DIRHAM

1. Yusuf(12), ayat 20
20. Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa DIRHAM saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf. (QS. 12:20)

Kredit:
* Kumpulan ayat-ayat ini adalah sumbangan tuan Nazly Tahir from Dinar dan Dirham Group.

966 total views, 1 today

Page 1 of 21 2

Sebarkan di Blog Anda