Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 

Dinar Dirham Market

Penggunaan Dirham dalam Jual Beli di Malaysia (Video)

| Blog | 08/07/2011

jual beli guna dirham

Penggunaan Dinar dan Dirham di Malaysia belumlah sampai ketahap apa yang dicapai oleh rakyat di Indonesia, namun angkanya terus meningkat dek kesedaran rakyat hasil dari usaha mereka yang bergiat aktif dalam menyebar dan mendidik masyarakat dalam penggunaan matawang sunnah ini.

Video dibawah ini menunjukkan satu aktiviti jual beli menggunakan dirham, ianya berlaku di Masjid Besar Shah Alam.


“Sebuah kedai di masjid shah alam menerima dirham sebagai muamalat. 1 dirham bernilai RM28 pada ketika itu. Saudara Sidi Gany dari Kazakhstan membeli 2 botol susu kambing dengan 1 dirham. Jumlah pembelian adalah RM10 maka baki fulus RM18 dikembalikan.”

Di website dirnar kelantan(www.dinarkel.com) ada senarai panjang kedai yang menerima dinar dan dirham, ada lebih 800 buah kedai semuanya. Boleh lihat senarai tersebut disini : http://www.dinarkel.com/pdf/shopdinardirham.pdf
Kredit video kepada tuan “TaufanEmas” di youtube.

697 total views, 0 today

Sebarkan di Blog Anda