Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 

Dinar Dirham Market

Dinar dan Dirham Di Singapura

| Blog | 24/10/2011

dinar dirham di singapura

Warga Muslim di Singapura juga tidak ketinggalan dalam memertabatkan Dinar dan Dirham dalam mualamat.
Beberapa kumpulan dari Singapura sebelum ini telah melawat pejabat WIN (Wakala Induk Nusantara) di Indonesia dalam proses mempelajari penerapan dan aplikasi Dinar dan Dirham sebagai matawang syariah dalam muamalat.

Beberapa hari yang lepas Wakil pihak WIN Indonesia telah membalas kunjungan warga Singapura. Pertemuan ini berlangsung di Arab Street, Singapura. Mereka membahas tentang hubungan serta jaringan yang sudah dan bakal terjalin dalam masa akan datang antara Indonesia dan Singapura melalui jalan Dinar dan Dirham. Hubungan seumpama ini sudah pun terjalin antara Indonesia dan Malaysia melalui Amir dan Wakala masing-masing.

dinar dirham di singapura

Jika di Malaysia sudah ada KGT (Kelantan Golden Trade) dan WIN (Wakala Induk Nusantara) di Indonesia, pada masa ini belum lagi ada wakil rasmi atau wakala Dinar dan Dirham di Singapura. Kebanyakan Dinar dan Dirham yang wujud di Singapura di bawa masuk dari Dubai.

Mungkin dalam perbincangan dan hubungan yang berterusan ini Singapura dapat mengeluarkan sendiri Dinar dan Dirham mereka.

697 total views, 0 today

Beli dan Simpan Dinar Dirham

| Blog | 06/08/2011

Simpan beli Dinar Dirham Online

Apa itu dinar dirham?
Dinar dirham yang dikenali dalam Islam adalah ukuran standart berat untuk emas (dinar) dan perak (dirham). Logam emas dan perak telah Islam tetapkan sebagai matawang untuk manusia bertransaksi dan muamalat dengannya.

Dinar dirham digunakan sebagai matawang rasmi negara Khilafah (Daulah Islamiah/Darul Islam), sebagaimana yang diperintahkan Islam dan telah dicontohi pada zaman Rasulullah, Khulafaur Rasyidin, dan khalifah-khalifah setelahnya.

Mengapa dan untuk apa beli dinar dirham?
Pada ketika ini, kita belum dapat menggunakan dinar dirham sebagai alat tukar transaksi secara bebas, walaupun ada juga beberapa peniaga yang menerima jual beli dengan dinar dirham. Perlu ada pelaksanaan diperingkat negara untuk dapat menerapkan penggunaan dinar dirham secara menyeluruh yang mana pada ketika ini adalah amat sukar sekali. Namun ramai pakar ekonomi yang beranggapan matawang emas(dinar) dan perak(dirham) ini pasti akan digunakan semula sebagai matawang sah negara pada satu masa nanti, mungkin 20, atau 30 tahun lagi. Pembelian dinar dan dirham saat ini umumnya adalah untuk simpanan(penyimpat aset terbaik), boleh juga digunakan untuk membuat bayaran mas kahwin, sebagai hadiah dan tabungan untuk masa hadapan.

Di mana boleh beli dinar dirham?
Dinar dirham boleh dibeli di gerai dan wakil(wakala) penjual dinar dirham. Di Malaysia sudah ada beberapa syarikat yang mengeluarkan dinar dan dirham antaranya ialah KGT(Kelantan Golden Trade s/b), Dinar & Dirham Perak Darul Ridhuan,Dirham Perak Darul Ehsan, Dinar & Dirham Johor Darul Takzim, dan akan datang Dinar Dirham Terengganu.
Anda boleh membeli/mendapatkan dinar dan dirham ini daripada pengedar mahupun penyimpan melalui internet, group-group dinar dirham dan pasar muamalat di internet banyak menjual atau membuat penukaran antara ringgit malaysia(RM) dengan Dinar dan Dirham. Ada juga yang menjual Dinar Dirham daripada luar negara antaranya Dinar Dirham USA, Dinar Dirham IMN (Islamic Mint Nusantara), Dinar Dirham WIN (Wakala Induk Nusantara), Dinar Dirham Borneo dan macam-macam lagi.

1205 total views, 0 today

Percuma 1 Dirham bagi pengiklan terbanyak di www.DinarDirham.com sepanjang Julai/Ogos 2011

| Blog | 19/07/2011

dinar dan dirham

Assalamualaikum W.b.t
Pihak DinarDirham.com kini dalam proses soft-launching portal muamalat Dinar dan Dirham(DnD) dengan
mengadakan tawaran percuma ‘1 Dirham‘ setiap seorang bagi 3 ahli yang membuat iklan DnD terbanyak di portal www.DinarDirham.com sepanjang bulan Julai 2011 dan Ogos 2011.

Penilaian akhir bagi 3 penerima 1 Dirham akan dibuat bermula jam 00:01 1hb Ogos September 2011 dan diberitahu selepas keputusan selesai diproses.
1 Dirham akan dihantar kepada penerima yang memberikan nama dan alamat lengkap, jika tidak penama akan digugurkan dan digantikan dengan ranking iklan penama yang seterusnya.

Bagi mereka yang mempunyai akaun Facebook, mereka boleh login ke portal DinarDirham.com tanpa perlu mengisi borang pendaftaran.
Untuk login kali pertama anda boleh terus ke halaman ini : http://www.dinardirham.com/wp-login.php
dan klik pada butang “Login with Facebook“.
Setelah login anda sudah boleh membuat iklan pertama anda dengan klik pada butang “Masukkan Iklan Percuma Disini” (http://www.dinardirham.com/add-new/)
Diruang Dashboard = http://www.dinardirham.com/dashboard/ anda boleh edit profile dan iklan yang telah anda buat.
Jika anda selesa dengan Facebook anda boleh menggunakan facebook page yang kami sediakan disini sebagai alternatif pengiklanan muamalat DnD : http://www.facebook.com/DinarDirhamCom tetapi iklan didalam page tidak akan dikira sebagai kelayakan penerima 3 Dirham percuma.
Hanya mereka yang membuat iklan di portal www.DinarDirham.com layak dikira dan berpeluang mendapat Dirham yang ditawarkan.

Terima kasih dan selamat bermuamalat.
Wassalam.

——–Pembetulan———

Pengumuman : Berkenaan pertandingan pengiklan terbanyak di www.DinarDirham.com, pihak kami terpaksa menangguhkan tarikh akhir pertandingan hingga bulan akhir Ogos disebabkan ada masalah teknikal di website www.DinarDirham.com yang menyebabkan ramai tidak boleh menghantar iklan di website. Pihak developer kami masih cuba perbaiki ralat berkenaan dan jika tiada penyelesaian dalam masa terdekat kami akan berpatah balik ke sistem lama, tetapi disistem lama pengiklan tidak dapat login melalui akaun facebook. Kene daftar dan login sebagai user di DinarDirham.com. Kami akan bagitahu keputusannya dalam bebera hari lagi. Terima kasih.

731 total views, 0 today

Sebarkan di Blog Anda