Infografik dibawah merupakan satu gambaran berinformasi terhadap dunia ICO. Jadi, apakah itu ICO? Jikalau anda biasa dengan singkatan IPO (Tawaran Awam Permulaan), ia adalah apabila sesebuah syarikat membuka stok kepada orang awam bagi mengumpulkan dana, dan jika harga stok meningkat, maka semua yang membeli stok tersebut memperoleh keuntungan. Dengan cara yang sama, ICO bermaksud Tawaran Syiling Awal, and ia adalah cara untuk orang ramai melabur di dalam syarikat Fintech yang menawarkan matawang digital baru. Ini membantu untuk mengumpulkan dana bagi projek tertentu, sebagai balasan kepada wang mereka, penyumbang mendapat sebahagian daripada bekalan syiling awal, and jika ianya berjaya, barulah syarikat dan penerima awal mendapat keuntungan. Ini juga membantu untuk menyelesaikan masalah pengagihan syiling awal, kerana syiling telah pun diedarkan kepada semua penerima awal. Ia boleh menjadi agak lumayan, sebagai contoh, sebuah syarikat dipanggil Golem “Uber bagi Komputer”, telah mampu untuk mengumpul $8.6 juta dolar dalam hanya 20 minit dengan ICO mereka. Ia bukanlah bermaksud bahawa setiap syarikat akan berbuat demikian, namun ia adalah contoh apa yang ICO yang dilancar dengan baik mampu capai.

ICO yang pertama bermula pada 22 Julai 2014, dan merupakan permulaan kepada ICO Ethereum. Sejak yang pertama, daripada 2014 sehingga sekarang (2016), terdapat beberapa projek ICO besar termasuklah: Ethereum, XCloudCoin, Sembro, Breakout Gaming (BRK), The Draftcoin Gaming Network (BTCDRAFT), MaidSafeCoin, Neucoin, Augur, ZiftRCoin, SingulardTV, Bitrush Corp., Iconomi, Synereo, FirstBlood, XauRum, Digix Dau (DG), Peerplays, Lisk, Waves (WVS), Kibo dan Golem.

ICO terbesar setakat ini adalah Ethereum, yang mengumpulkan $18,439,086 juta dolar bagi ICO mereka, sementara ICO terendah yang kami rasakan masih lagi berjaya ialah Synereo, dengan jumlah keseluruhan $4,701,421 juta dolar…tidak terlampau teruk.

Sebilangan pihak telah berkongsikan kerisauan mereka bahawa kemampuan bagi sebarang syarikat untuk membuka ICO mungkin menyukarkan pencarian teknologi yang benar-benar berinovasi pada masa hadapan. Walaupun ini adalah satu kemungkinan, kami telah melihat syarikat-syarikat hebat berjaya dengan ICO mereka. Sama seperti IPO, ada yang akan berjaya, ada yang akan gagal, mereka yang hebat akan lebih berjaya daripada yang lain. Ia akhirnya terpulang kepada betapa bagusnya syarikat tersebut, bagaimana mereka menyampaikannya kepada masyarakat, dan akhirnya apa yang orang ramai tentukan. Jika sesebuah syarikat itu benar-benar berinovasi, dan mereka mampu berkongsikan hal tersebut dengan baik kepada penonton yang tepat, maka mereka sepatutnya mampu menggunakan ICO yang dibuat dengan baik untuk melancarkan syarikat mereka pada masa hadapan.

 ico-malay-01

Leave a comment